KATA-KATA ALUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH BATU PAHAT




Assalamualaikum W.B.T
        Alhamdulillah, terlebih dahulu saya mengucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat kita laksanakan Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah –Sekolah Daerah Batu Pahat, Kali ke 32 ini.
        Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Batu Pahat adalah merupakan aktiviti tradisi yang dilaksanakan pada setiap tahun. Dalam hubungan ini, murid-murid sekolah dan guru-guru telah bersatu padu berganding tenaga untuk menjayakan kejohanan tersebut.. Dari hasil titik peluh yang dicurahkan itu telah melahirkan peserta-peserta yang berkebolehan dan berbakat.
        Memang lah menjadi tujuan dan matlamat setiap peserta kejohanan ini mencari kejayaan, tetapi apa yang lebih penting dalam hal ini ialah mengekalkan semangat kesukanan yang tulin di samping mencuba bersungguh-sungguh untuk mencapai kemenangan. Lebih dari itu, ialah melibatkan diri dalam aktiviti riadah.
        Akhir kata, saya berdoa dan berharap agar kejohanan kali ini akan dapat meningkatkan lagi jumlah penglibatan peserta-peserta, bersesuaian dengan slogan ‘ Sukan Untuk Semua’ serta dapat melahirkan peserta-peserta yang berdisiplin dan berprestasi tinggi.
          SELAMAT BERTANDING
 

Haji Alias bin Ab. Rahman,
Pegawai Pendidikan Daerah Batu Pahat
Merangkap, Pengerusi,
Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Batu Pahat.