Sekacip Pinang

Sports Nutrition

"Samy Value"
 
 




SEKACIP PINANG DARIPADA TUAN PEGAWAI PENDIDIKAN DAERAH

        "Syabas dan terima kasih saya ucapkan kepada semua pihak yang telah bertungkus lumus bagi memastikan kelancaran perjalanan MSSD BP Kejohanan Kali ke 32 ini. Diharapkan kejohanan kali ini, para atlit akan dapat memecahkan rekod lama dan mencipta lebih banyak rekod baru". "Seterusnya, harapan saya agar Batu Pahat menjuarai MSSJ pada tahun ini akan menjadi kenyataan, mudah-mudahan ……. !

        Syukur Al-hamdulillah, minat para guru dan pelajar terhadap dunia sukan semakin meningkat. Ramai yang telah mendapat kesedaran bahawa bidang sukan dapat dijadikan kerjaya tetap dan menjanjikan pendapatan lumayan. Bagi diri saya secara peribadi, sukan merupakan ‘theraphy’ yang berkesan untuk mengubati penyakit sosial yang melanda anak-anak kita hari ini. Sukar untuk dinafikan pelajar-pelajar yang giat dalam abidang sukan, selain mencerdaskan otak dan menyihatkan tubuh badan dapat menghindarkan diri pelajar daripada terjebak dalam gejala-gejala tidak sihat."

        "Mulai tahun ini (1999) , PPD melalui sektor sukan telah mempelopori pertandingan bola sepak dan bola jaring bagi kelas peralihan dan tingkatan satu. Setinggi-tinggi terima kasih kepada Tuan OCPD dan pihak Polis DiRaja Malaysia Batu Pahat telah menghadiahkan piala untuk liga bola sepak tersebut. Juga, tidak lupa terima kasih kepada Majlis Daerah Batu Pahat yang menghadiahkan piala untuk Liga Bola Jaring."

        "Saya berharap setiap sekaolah akan meneruskan usaha yang baik dengan mempergiatkan aktiviti-aktiviti sukan adi sekolah dengan mengatur lebih banyak program berkesan untuk menarik minat para pelajar. Kegiatan-kegiatan tersebut perlu dijalankan berterusan. Cubalah mencontohi SMK Yong Peng yang begitu bersungguh-sungguh melibatkan diri dalam bidang sukan. Hasinya kita lihat pencapaian mereka dalam MSSD sentiasa cemerlang".

        "Jabatan Sukan, PPD telah membelanjakan lebih kurang RM 8,000 baru-baru ini bagi membeli peralatan olahraga yang akan digunakan oleh para atlit kita. Moga-moga peralatan tersebut akan terus ditambah dari masa ke semasa di samping menjaga peralatan tersebut dengan baik".

        "Saya amat bersetuju dengan Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan keseimbangan dalam pendidikan - JERI. Kata-kata Ketua Pengarah Pendidikan yang menyebut sekolah perlumelahirkan, ‘scholars, sportman and gentlemen’ perlu menjadi pegangan kita semua khususnya golongan pendidik".
 
 

 Terima kasih.

 "GURU BERKESAN PENDIDIKAN CEMERLANG"
 
 
 
 

Sports Nutrition The Pre-Competition Meal


Objectives:
1. To supply enough energy and maintain normal blood glucose level.
2. To provide maximum energy stores(muscle glycogen)
3. To provide optimal state of hydration.
4. To provide food which is easily and quickly digested, and at the same time to avoid gastrointestinal upsets.
5. To include foods which are familiar and enjoyable.

Strategy.

1. Avoid fatty food.
2. Try to take a light meal ( largely of carbohydrates ) 2-3 Hours before the competition.
3. Eat a carbohydrate meal on the day of the event.
4. It is a mistake eat large amounts of glucose of sugar just before the event. It impairs performance.

 *Avoid sugar 30- 60 minutes before the competition.
5.    Pre- event liq uid is very important
- Include as much as possible
       Avoid coffee, tea, cola and chocolate
6.    If solid meals are uncomfortable, try a liquid meal preparation.
7. Avoid gas- producing foods like cabbage, onions, garlic, and broccoli.

Contributed by:
Pn. Suhaila ,
TIGS.
 

“ No Parking , Please.”

 Vehicles parked haphazardly at the entrance of the stadium create not only an unsightly atmosphere but also cause much inconvenience in case of emergencies.If only cyclists and motorcyclists could be better law –abiding citizens.What a relief it will be to everyone !!
 

 By,
    Azman Mohamed ( SDBL )
                    and
    Mohd Farid ( SMKA )
 

Campus Comedy.

    When I telephoned my son,Peter at university,his roommate answered, “ Who is it ?”. I heard Peter call out from a distance. “ I don’t know,” the roommate answered, “ but it sounds parental.”
 

By,
Wanda Van Woert.
 

 A veteran sportswriter was a guest speaker in my  journalism class at university.Although he had covered sports teams for decades, he claimed his job never bored him. “ My wife says,the stories are the same- only the names change,” the writer said. “ But that’s not so. You can always give an  old doll a new dress,”
 A students uttered aloud, “ Is he talking about the stories, or his wife ?”
 

Written by,
Farid ( SMKA )
Azman ( SDBL )
 
 

'Samy Value' MSSD Yang Istimewa

       Umum mengenali Datuk S Samy Velu sebagai jaguh lebuhraya Malaysia dengan tugasnya merancang sistem perhubungan darat di negara kita. Dalam pada itu, di MSSD ini kita mempunyai seorang lagi Samy yang tidak kurang hebatnya. Beliau ialah En. Samy a/l Marainam.

        16 tahun berturut-turut, SM Yong Peng menjuarai Kejohanan MSSD Batu Pahat. Apa yang jelas sumbangan SAHAM daripada En. Samy a/l Marianam, tiada siapa dapat menafikannya. Ternyata di bawah bimbingan En. Samy kontojen SMYP sentiasa di geruni. Beliau bertanggungjawab menanamkan budaya sukan di kalangan warga pelajar dan guru SMYP.  Kini En. Samy bertugas di  SMKA pula. Tampak jelas kini SMKA mula mengembangkan  sayapnya.

        Atas sumbangannya yang turut memajukan kualiti pencapaian atlit BP, maka tidak hairanlah beliau dilantik sebagai salah seorang jurulatih MSSJ ke MSSM dan SUKMA. Perlantikan beliau sebagai Penolong Pengurus SUKMA Johor merupakan penghargaan kepada BP. Dengan keistimewaan ini beliau sesuai diberi gelaran ‘SAMY VALUE’.

        Secara peribadi, En Samy merupakan seorang guru sukan yang dedikasi. Pemilihan calon-calon atlit yang berpotensi dibuat sewaktu pendidikan jasmani. Dari situ bakat mereka beliau gilap teknik-teknik sukan yang betul diajar kepada atlit dalam masa yang sama mereka disuntik dengan semangat kesukanan yang tinggi. Perancangan beliau dalam menyediakan barisan atlit SMKA ke MSSD bermula dari awal sebaik sahaja MSSD 1998 tamat.

        SMKA berazam  untuk merampas kejuaraan MSSD kali ini daripada SMK Yong Peng. Justeru dari awal lagi barisan pelapis telah dibentuk. Para atlit menjalankan latihan intensif agar target 302 kutipan mata pada MSSD kali ini dapat dicapai. En Samy menaruh keyakinan 71 orang atlit SMKA dapat memperlihatkan kecermerlangan mereka terutama nya atlit perempuan.

        En. Samy berharap lebih ramai atlit BP mampu ke SUKMA pada tahun 2002, asalkan para atlit bergiat bersungguh-sungguh, secara berterusan dan berdisipilin . Sekolah juga disarankan mengadakan pelunjuran target pencapaian sekolah masing-masing apabila menyertai sesuatu kejohanan agar lebih banyak bakat baru dapat dicungkil.

 Oleh :  Pn Hanim dan Pn. Maimunah
 
 

PERSONALITI SUKAN

       Shazan Amir bin Hj. Abdul Rahman merupakan satu nama yang sudah tidak asing lagi dalam arena sukan Batu Pahat khasnya dan Malaysia amnya.  Si Ujang kelahiran Negeri Adat Pepatih ini telah bergiat dalam bidang sukan sejak tahun 1960-an lagi.  Di antara kegiatan sukan yang  diceburinya ialah bolasepak, hoki,  ragbi dan olahraga.

         Kenangan paling manis beliau ialah mewakili Malaysia dalam Malay Cup (1962 – 1964) dan mewakili Remaja Malaysia  dalam Asian Youth di Vietnam pada tahun 1963.

         Dalam bidang olahraga pula, beliau pernah mewakili Negeri  Sembilan ke Peringkat Kebangsaan (1960 – 1964), mewakili Johor ke  peringkat kebangsaan  (1965 – 1980) dan mewakili Tenaga Nasional Berhad (TNB) ke peringkat kebangsaan hingga sekarang.  Di arena antarabangsa pula beliau telah  mewakili negara ke Sukan SEAP GAMES,  SEA GAMES dan ASIAN GAMES dari tahun 1967 – 1979.  Acara yang disertainya ialah decathlon, lompat jauh, lompat kijang dan lompat bergalah.

         Mulai tahun 1980, beliau telah bersara dari menyertai sebarang pertandingan secara aktif.  Namun, beliau telah menyumbangkan tenaga sebagai jurulatih kepada Zaiton Othman dan Hanafiah Nasir pada tahun 1981 dan 1983 iaitu semasa  temasya SEA GAMES  di Singapura.

         Sememangnya minat dan semangat sukan yang tinggi tidak pernah luntur daripada jiwa beliau walaupun telah bersara menjadi atlit.  Ketika ditemubual oleh Wakil Media MSSD, beliau telah memberikan beberapa saranan demi mempertingkatkan mutu sukan atlit-atlit Batu Pahat. Menurut beliau, kita boleh melahirkan atlit-atlit yang berkualiti hingga ke peringkat antarabangsa sekiranya semua pihak seperti  PPD, PPN dan Kementerian Pendidikan memainkan peranan dan memberi sumbanngan menyeluruh samada dalam penjadualan latihan, jurulatih berpengalaman dan yang paling utama ialah kewangan yang mencukupi kepada sekolah-sekolah.  Pada pendapat beliau, Sekolah Sukan yang dibina semestinya mempunyai prasarana yang canggih dan peralatan yang lengkap.

         Selain itu, menurut beliau guru-guru sepatutnya memainkan peranan memberi penerangan kepada pelajar-pelajar tentang faedah sekiranya mereka aktif dalam sukan. Menurut beliau lagi, pencapaian cemerlang dalam sukan boleh menjadi tiket bagi membantu kemasukan pelajar-pelajar ke IPT dan membuka peluang pekerjaan yang lebih luas kepada mereka.  Seseorang yang aktif dalam bidang sukan biasanya dikaitkan dengan pekerja yang cekap, gigih dan cemerlang ,  kata beliau yang sehingga kini masih berkhidmat dengan TNB Batu Pahat.
 

OLEH:  PN. ROHANAH ESMAIL
 
 

btutama.gif (2258 bytes)